Darling Glitter

Monday 29 August 2011

Chicken Ala Carte

  Oooo....Ooooo... Balik kampung...
 Oooo....Ooooo... Balik kampung...  
 Hati girang...

Alhamdulillah, sampai jugak aku kat kampung halaman tercinta...   Balik kampung beraya 
bersama-sama dengan sanak saudara dan keluarga tercinta...Sebelum beraya ada berbaki
dua hari pose kat rumah... Syukur kehadrat ilahi kerana sempat merasa berbuka dengan 
lauk yang dimasak oleh mak... Along aku pun sudah mengotakan janjinya padaku... iaitu... 
berbuka dengan... (gambar di bawah). Terima kasih along...

Teringat aku akan satu video yang kawan aku sharekan kepadaku. Sama-samalah kita
hayati video ini dan sama-sama kita koreksi diri kita untuk sepanjang Ramadhan tahun ini, 

adakah kita bersederhana ataupun kita berlebih-lebihan... Fikir-fikirkanlah...


*Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan