Darling Glitter

Tuesday, 26 July 2011

Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah

Wanita solehah e2 auratnya dijaga,
Pergaulannya dipagari,
Sifat malunya pengikat diri,
Seindah hiasan di muka bumi ini.

Keayuan wanita solehah e2 x terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah e2 x terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah e2, bukan pada kemanisan bicaranya 
yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
Memujuk rayu... Bukan dan x sama sekali.

Kepetahan wanita solehah bukan pada bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik 
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik
atas kemajuan dan kehebatannya dalam ilmu serta pandangannya dari semua aspek.
Hati menyatakan wanita cantik 
hanya pada akhlaknya, e2pun seandainya hati e2 bersih untuk menilai.

Wahai wanita, jangan dibangga dengan kecantikan luaranmu,
Kerana ia akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi, jaga dan peliharalah kecantikan dalamanmu,
Agar diri sentiasa mendapat rahmat Ilahi...

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu.
Wahai wanita jangan pula kau berdukacita akan kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah, jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana e2 x akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya. 
Bersyukurlah dengan setiap kurniaan yang talah Allah berikan kepada kita...

*Mengapa kita merendah-rendahkan martabat kita sebagai seorang wanita? Sedangkan Rasulullah telah mengangkat martabat kita setinggi-tingginya tetapi kita memurahkan nilai e2 dengan membiarkan tangan2 rakus menyentuh kita.Jadilah seperti bunga ros yang diletak di dalam balang kaca. Cantik dilihat tetapi pegang tidak sama sekali... 
  

Monday, 25 July 2011

Rasulullah, Aku Merinduimu


Role Model Kita...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk post mende baru..
Hari ni x de yang special dalam kehidupan aku, cume teringat kat kekasih yang telah lama pergi meninggalkan kita semua...
Ku merinduimu Ya Rasulullah...
Mungkin kisah yang akan ku tulis ini pernah di baca, tetapi sekadar renungan bersama untuk kesekian kalinya...


Bayangkan apabila Rasulullah saw dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...

Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita.

Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat-erat dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sungguh2 agar Rasulullah saw sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tersenyum...

Tapi kita meminta pula Rasulullah saw menunggu sebentar didepan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18+ yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut kedalam.

Baginda tentu tersenyum...
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita gantung di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakangan secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan memindahkan perkataan Allah dan Muhammad yang ada di dalam stor dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Baginda tentu tersenyum...

Bagaimana bila kemudian Rasulullah saw bersedia menginap di rumah kita?

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah saw.

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah saw kerana kita lupa dan lalai mangajari anak-anak kita.

Baginda tentu tersenyum...


Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah saw dan sahabatnya tetapi menghafal mengenai anggota Powers Rangers atau Ninja Turtles.

Barangkali kita terpaksa menjadikan bilik air untuk dijadikan ruang solat.

Barangkali kita teringat bahawa isteri dan anak2 perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang menutup aurat untuk berhadapan dengan Rasulullah saw.

Baginda tentu tersenyum...

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.

Bagaimana kita harus membuang semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita akan menjadi malu apabila diketahui oleh junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi..

Baginda tentu tersenyum...


Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat maghrib keluarga kita sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mengejar duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur`an.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak mengenali jiran tetangga kita.

Baginda tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah saw menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari melintas di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah saw bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.

Baginda masih tersenyum dan ada di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah saw tiba-tiba muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan?

Masihkah kita akan memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita?

Atau akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak baginda daripada berkunjung ke rumah kita kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah.....

Masihkah baginda tersenyum?
Tersenyum pilu, tersenyum sedih dan tersenyum getir...

Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah...

Sama2lah kita memperbaiki diri kita agar pengorbanan yang telah baginda lakukan x dipersia2 oleh kita generasi harapan agama... Insyaallah, May god bless us... Amin...

Responsibility

Tanggungjawab...
Apa itu tanggungjawab? Sape boleh jawab? He2... Tanggungjawab adalah satu amanah yang diberikan kepada kita yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Di mana tanggungjawab kita adalah untuk mengabdikan diri kita kepada pencipta yang maha Satu, Allah S.W.T (sesungguhnya AKU menjadikan manusia dan jin e2 adalah untuk beribadat kepadaKU). Tanggungjawab2 lain seringkali kita laksanakan sebaik mungkin. Contohnya study, kokurikulum semuanya nak yang terbaik... A+ + + untuk semua subjek, pangkat 2 3 untuk unit beruniform tetapi tugasan kita dengan Allah berapakah pangkat dan gred yang kita boleh berikan??? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah... Adakah gred A+ boleh kita berikan untuk solat kita? Adakah gred A+ juga boleh kita berikan untuk ibadat puasa kita? Siapa yang boleh jawab? Hanya diri kita sendiri yang mampu menjawab persoalan-persoalan ini. Sesuatu tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita amatlah berat kerana setiap tanggungan di muka bumi ini akan dijawab di akhirat kelak. Setiap perkara yang dilakukan akan dihisab walaupun sebesar zarah. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat di sini, peganglah sesuatu amanah yang telah diberikan kepada kita itu sebaik mungkin dan jangan sesekali mengabaikannya walaupun kita melihatnya sebagai perkara yang remeh. Contohnya, ketua kelas, ketua rumah hatta ketua bilik sekali pun... Kerana perlaksanaan sesuatu amanah bukan bergantung kepada besar atau keciknya sesuatu amanah itu tetapi ia telah menjadi satu kewajipan kepada kita untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin... Same2 kita renungkan adakah kita sudah melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita..... May Allah show us the way... Amin.. Insyaallah...    

My UPSI My New Life

Pertama kali
Datang ke sini
Bawa bagasi berguni-guni
Aku nak masuk UPSI
Riang sekali...
Jumpa kawan2 baru... He2

First day kat UPSI memang janggal... X de kawan, dahla kene tinggal sorang2 kat Tanjong Malim. Family dah jauh... Ishk2... Macam2 rase ade... Cukup lengkap... Pahit, manis, masam, masin semua ade... X perlu perencah maggi secukup rase lagi dah... Hahaha.... Tapi... itulah lumrah kehidupan

Minggu Suai Kenal (MSK) berlangsung...Bro and sis memang nice giler... And all the programs can be graded A+++... Dengan MSK ini jugaklah aku bertekad untuk meneruskan langkahku sebagai Anak Kandung Suluh Budiman yang betul2 BITARA di UPSI yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini... Insyaallah...

Kata-kata @ Lagu hikmah yang aku dapat daripada MSK...

Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri,
Senyum umpama titian dalam kehidupan,
Kau tersenyum,
Ku tersenyum,
Kemesraan menguntum...

Senyum kepada semua,
Senyumanmu amatlah berharga,
Senyum... seperti Rasulullah
Dengan senyuman terjalinlah ukhuwwah...


*Berikan senyuman 3 kepada ibu bapa di kampung. Insyaallah andai niat kita betul, cara kerja kita betul... Insyaallah akan terpamerlah senyuman 3 e2 di bibir ibu bapa kita... (Pak Cik Khudree MSK)