Darling Glitter

Tuesday 27 September 2011

Kempen Back To Fitrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk terus berjalan mencari keredhaanNya di muka bumi ini. Baru-baru ni kat Kolej Harun Aminurrashid telah berlangsung Kempen Back To Fitrah dan aku merupakan salah seorang yang berkempen (terima kasih kat Kak Emy & Abg Husairi). Alhmadulillah, perjalanan kempen berjalan dengan lancar.

Pada mulanya, memang x dapat sambutan ramai, biasalah perkara yang menjurus ke arah kebaikan ini memang baanyak halangan dan dugaannya. Kitorang pun diminta untuk membuka booth pada keesokan harinya. Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan.

Pengalaman aku berkempen memang x akan dilupakan... Nak stop orang tengah berjalan, pastu edarkan flyers agama, nak terang sikit2 pasal kempen... Ya Allah... tuhan je tahu betapa tebalnya mukaku masa e2. Tapi, apabila difikir-fikirkan kembali, kenapa kita malu melakukan kebaikan? Kenapa kita malu untuk mengajak kawan-kawan lain ke jalan yg benar? Pelik bin Ajaib perasaan yg kini melanda dalam diri kita.

Ape2 pun, banyak yang aku belajar dari kempen BIAH...

1) Jangan sesekali kita malu untuk melakukan kebaikan

2) Pentingkan pandangan Allah daripada pandangan manusia

3) Lakukan sesuatu kerja hanya kerana Allah taala bukan kerana semangat, kerana semangat kita tidak statik.  (kejap bersemangat, kejap x) - Kak Emy Nazira

4) Ingin menyampaikan sesuatu kepada orang lain haruslah mempunyai ilmu di dada.

5) "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang 2 hanya dapat menyampaikan dakwah apb dia sempurna, nescaya x akan ada pendkwah. Maka akn jd sikitlah org yg mmberi peringatn.
 (Imam Hassan Al-Basr)

* Semoga kita dapat sama-sama membaiki kelemahan masing-masing...

No comments:

Post a Comment