Darling Glitter

Monday 19 September 2011

Kenangan Terindah (Kembara Alam)

Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat aku "mengepostkan" lagi ceritaku di dalam blog yang serba kekurangan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w.

Tiada yang istimewa yang ingin ku kongsikan hanya kenangan semalam yang tidak akan pernah ku lupakan.
Semalam pelajar-pelajar daripada Group A & B Kembara Alam baru je balik dari Kem Amali selama 3 hari 2 malam termasuklah aku salah seorang pesertanya...

Mula-mula sampai di sana, keadaan agak kelam kabut dan suasana pulak suram je (untuk diri akulah). Suram sebab x de kawan yang rapat dalam kumpulan... Tapi setelah beberapa aktiviti berlangsung, alhamdulillah memang nice dapat kenal kawan2 baru... Ape yang aku boleh simpulkan di sini, andai kita ingin meluaskan lagi persahabatan kita dengan orang lain, jangan sesekali kita 'menjudge' seseorang itu sebelum kita mengenali mereka... Dan ape yang paling penting ialah keikhlasan kita untuk berkawan dengan seseorang...

Gambar kat atas ni plak adalah gambar time kembara malam (program under Kembara Alam). Its so nice to have all of you as my friends...


Sahabat...
Lantaran ukhuwah kita bertemu
Merangkak menimba ilmu
Dan berlari mencari misi
Terkadang menyendiri memujuk hati
Mencari ihsan dari Ilahi
Untuk berkumpul tegakkan hakiki

Sahabat,
Di jalan ini kita menakung tangisan
Di jalan ini bergolak kedamaian
Di jalan ini bersepadu harapan
Di jalan ini terukir kegembiraan

Wahai sahabat,
Dirimu umpama fajar
Penyeri cahaya dalam kegelapan
Penabur semangat membina kesabaran
Pencetus ihsan dalam kekalutan
Penawar duka meniti bahagia

Aduhai sahabat,
Kita bersama merencana impian
Dalam melangsai pengharapan
Kita bersama merungkai permasalahan
Dengan juang berterusan
Kita bersama membina kekuatan
Dalam kental persahabatan

Sahabat,
Paterikan janji bersama
Istiqamah dengan jalan ini
Rasa syukur pada Yang Esa
Punya sahabat istimewa sepertimu
Moga bertemu lagi
Bersama kalungan mahkota Bidadari Syurgawi.





No comments:

Post a Comment