Darling Glitter

Thursday 28 July 2011

Qalbu @ Hati

Assalamualaikum & salam sejahtera buat sahabat-sahabat seperjuanganku...
Tiada qalam seindah Al-Quran,
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit tentang hati. Hati merupakan segumpal darah yang mengawal segala perbuatan manusia.Bukan otak ke yang mengawal perbuatan manusia??? Mesti ada yang tertanya-tanya. Secara zahirnya memang otaklah yang mengawal segala perbuatan kita tetapi secara tersiratnya hati e2lah yg mengawal anggota lain. Jika baik hati e2 maka baiklah segala anggota lainnya...

Pelbagai cara boleh kita lakukan bagi mengekalkan hati kita ni bersih. Boleh diibaratkan macam kita sentiasa mencuci tandas bagi mengekalkan kebersihannya.Macam2 kita guna... Clorox, Ajax, Mister Muscle... Ishk2 He2. Same jugaklah dengan hati kita...

1) Istighfar & Berzikir (sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang)
2) Sentiasa muhasabah diri & memaafkan org lain (seseorg yg terlebih dahulu meminta atau memaafkan org,
    maka dia akan mendapat tempat di sisi Allah di akhirat kelak)
3)Membaca Al-Quran & melakukan solat2 sunat
4) Sentiasa berdoa & bertawakkal kepada Allah (doa e2 adalah senjata mukmin)
5) Sentiasa melakukan perbuatan yg blh mendekatkan diri kpdNya

Ingatlah wahai sahabat (peringatan buat diriku jua), ilmu e2 ibarat nur (cahaya). Salah satu sifat cahaya adalah x menembusi sesuatu objek yang legap. Maka jagalah hati kita daripada menjadi satu objek yang legap yg boleh mghalang cahaya ilmu e2 daripada menembusi hati kita...

Segala yang baik e2 datangnya daripada Allah dan yg buruk e2 juga dtg drp Allah ttp telah disandarkan kpd saya insan yg lemah ini. Semoga kita sama2 berada dibawah lembayung rahmat kasih sayangNYA dan berada di bawah sayap2 para malaikat yang memayungi sesiapa yg sedang menuntut ilmu Allah.. Insyaallah bittaufiq wannajah...                                                                                                                                                                    

No comments:

Post a Comment