Darling Glitter

Monday 25 July 2011

Responsibility

Tanggungjawab...
Apa itu tanggungjawab? Sape boleh jawab? He2... Tanggungjawab adalah satu amanah yang diberikan kepada kita yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Di mana tanggungjawab kita adalah untuk mengabdikan diri kita kepada pencipta yang maha Satu, Allah S.W.T (sesungguhnya AKU menjadikan manusia dan jin e2 adalah untuk beribadat kepadaKU). Tanggungjawab2 lain seringkali kita laksanakan sebaik mungkin. Contohnya study, kokurikulum semuanya nak yang terbaik... A+ + + untuk semua subjek, pangkat 2 3 untuk unit beruniform tetapi tugasan kita dengan Allah berapakah pangkat dan gred yang kita boleh berikan??? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah... Adakah gred A+ boleh kita berikan untuk solat kita? Adakah gred A+ juga boleh kita berikan untuk ibadat puasa kita? Siapa yang boleh jawab? Hanya diri kita sendiri yang mampu menjawab persoalan-persoalan ini. Sesuatu tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita amatlah berat kerana setiap tanggungan di muka bumi ini akan dijawab di akhirat kelak. Setiap perkara yang dilakukan akan dihisab walaupun sebesar zarah. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat di sini, peganglah sesuatu amanah yang telah diberikan kepada kita itu sebaik mungkin dan jangan sesekali mengabaikannya walaupun kita melihatnya sebagai perkara yang remeh. Contohnya, ketua kelas, ketua rumah hatta ketua bilik sekali pun... Kerana perlaksanaan sesuatu amanah bukan bergantung kepada besar atau keciknya sesuatu amanah itu tetapi ia telah menjadi satu kewajipan kepada kita untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin... Same2 kita renungkan adakah kita sudah melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita..... May Allah show us the way... Amin.. Insyaallah...    

No comments:

Post a Comment