Darling Glitter

Tuesday 26 July 2011

Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah

Wanita solehah e2 auratnya dijaga,
Pergaulannya dipagari,
Sifat malunya pengikat diri,
Seindah hiasan di muka bumi ini.

Keayuan wanita solehah e2 x terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah e2 x terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah e2, bukan pada kemanisan bicaranya 
yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
Memujuk rayu... Bukan dan x sama sekali.

Kepetahan wanita solehah bukan pada bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik 
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik
atas kemajuan dan kehebatannya dalam ilmu serta pandangannya dari semua aspek.
Hati menyatakan wanita cantik 
hanya pada akhlaknya, e2pun seandainya hati e2 bersih untuk menilai.

Wahai wanita, jangan dibangga dengan kecantikan luaranmu,
Kerana ia akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi, jaga dan peliharalah kecantikan dalamanmu,
Agar diri sentiasa mendapat rahmat Ilahi...

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu.
Wahai wanita jangan pula kau berdukacita akan kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah, jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana e2 x akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya. 
Bersyukurlah dengan setiap kurniaan yang talah Allah berikan kepada kita...

*Mengapa kita merendah-rendahkan martabat kita sebagai seorang wanita? Sedangkan Rasulullah telah mengangkat martabat kita setinggi-tingginya tetapi kita memurahkan nilai e2 dengan membiarkan tangan2 rakus menyentuh kita.Jadilah seperti bunga ros yang diletak di dalam balang kaca. Cantik dilihat tetapi pegang tidak sama sekali... 
  

No comments:

Post a Comment